JellyPages.com
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday 15 March 2013

Lambat berjalan

Hari ni genap Orked 14 bulan... mommy dah mula risau Oked blum boleh jalan sendiri lagi... tapi kalau pegang dua-dua belah tangan dia, bukan lagi berjalan... berlari pun boleh...

So, tadi try tanya pakcik google kot kot ade info yang boleh menyedapkan hati mommy ni... then terjumpa lah info macam kat bawah ni...

"Kalau anak anda lambat berjalan jangan risau coz sebenarnya kalau stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran  anak anda semakin bagus. Sebenarnya banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Antara kelebihannya ialah merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana tulang belakang terletak spinal card or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke behagian otak. Apabila anak kita merangkak lebih lama, bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik, ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari bahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. Kesimpulannya, kalau nak anak kita pandai, biarlah dia merangkak selama yang boleh. Kalau nak tahu, sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan merangkak"

Haaa.. ini info yang mommy dapat tapi sejauh mana kebenaran maklumat ni mommy tak pasti sebab tak dinyatakan pulak dari mana sumber ini diperolehi... mommy dapat ni pun melalui penulisan blogger lain.

Tapi melalui sumber yang boleh dipercayai... tak perlu nak risau kalau dalam usia seperti Oked ni masih belum mampu untuk berjalan sendiri asalkan setiap perkembangan dia berjalan dengan lancar... biarkan dia melalui setiap stage perkembangan dirinya... sumber dari BabyCenter...

hmm.....xpe ek Oked..mommy happy dukung oked...hehehe

Wednesday 20 February 2013

Adik oked dah masuk 4 bulan....

kejab je masa berlalu....
skang ni mommy antara larat ngan x larat.
Alhamdulillah mommy x lah mabuk teruk... tapi badan asik sakit2...
letih barangkali sbb oked makin lasak
Oked dah nak pandai jalan...maklumlah dah umur setahun...
ooopsss mommy lupa nak wish
"HAPPY BIRTHDAY TUAN PUTERI"
MOMMY NGAN PAPA SAYANG GILER KAT OKED, SEMOGA OKED JADI ANAK YANG BAIK, YANG SOLEHAH, YANG CERDIK, YANG BERGUNA, YANG MANJA DAN COMEL SAMPAI BILA2, MOMMY SELALU ADA UTK OKED. MOMMY SAYANG OKED SANGAT-SANGAT!!

Sunday 27 January 2013

Time flies so fast

Baru mommy sedar Onz dan besar....dh nk jd ank dara...Onz dh pndai melawa...,

Thursday 24 January 2013

angguk angguk cik Orked


yeayy...Oked dah pandai respond bila mommy ty...
happy giler hati mommy...

Saturday 15 December 2012

Weekend yg x productive..

Dilanda morningsickness yg sangat teruk.  Sorry Orked mommy x leh nk bawak Orked g mana2....x larat sgt....mommy mintak maaf sgt2. Nnt mommy dh sihat kita g jln ek. Syg oked!

Thursday 13 December 2012

Untuk Orked

...hari ni mommy bosan giler..kat opis dok rindu kat Orked.
Rasa nak balik cepat jek. lagi2 bila Orked demam+Flu. Risau je hati.
dah 4 hari Orked demam x elok2, tgk lah malam nanti mommy bawak Orked g klinik lagi.
Maybe Orked dah rindu ngan doktor kot.. :)
tiba-tiba teringat masa Oked masuk Pusrawi haritu...





...x sampai hati oked kene neb, kne cucuk tangan ngan kaki.... mommy x leh tgk org sakitkan oked. sedih mommy. tapi Oked kuat kan. Doktor suka ngan Orked sebab sakit pun Oked senyum je.. semua nurse suka Oked. Hilang letih mommy jaga Oked bila Oked dah sembuh.
Mommy tak pernah jemu doakan Orked sihat... Mommy sayang Oked. Papa pun sayang Orked. Sangat-sangat.

Tuesday 11 December 2012

....Rezeki lagi


Ok mommy dah dapat jawapan setelah hampir 40 hari menanti “besfriend” yang x dating-datang plus dengan mood yang swing-swing plus dengan sakit kepala yang sangat mengganggu….

Ingatkan symptom2 nk “cuti sembahyang” atau badan letih sebab menjaga Cik Orked kesayangan saya diserang demam+flu tambahan pulak dengan dia yang sememangnya sangat lasak. Tak cukup rehat...

Tiba-tiba datang gerak hati untuk mencuba ‘pregnancy test kit’. Waktu lunch mommy bergegas ke Watson Seremban Parade,ingatkan nk beli yang mahal kot2 lebih berkualiti, fikir-fikir membazir pulak. So ambik yang paling murah…

Balik office, kepala kembali berpusing, jump abos minta nak balik awal sbb nak ke klinik kononnya. Tapi terus balik umah. Lupa jab pasal pregnancy kit. Masuk bilik terus nap sekejab sementara Orked masih kat umah baby sitter dapatlah mommy rehat sekejab.

Lepas solat Maghrib , kemas2 handbag baru terperasan pregnancy kit tu.. apa lagi berlari mommy ke toilet. Dalam hati tuhan je tahu.cuak gile

Oh My God! Ada 2 line tapi sat utu blur. Telan air liur...biar betul!!!
Rasa bumbung toilet rendah jek, cam nak pitam pun ada…ishhhh
 **pic pun x clear sbb gigil2 hihi

Keluar toilet , tak cakap apa2 dengan hubby, terus ambik handphone dial no tel mak. Time ni mommy rasa nak balik johor nangis kat bahu mak mommy. Huwaaaaaa!!! X tahu apa nak rasa, nak happy ke nak sedih ke, nak …yurghhhhh. Mak mommy memang terbaik, dia yang selalu ada bila mommy kusut, mak mommy tenangkan mommy. Suh g klinik. Dia pun risau sebab masa bsalin Orked dulu kan mommy czer. Terlalu awal kot untuk CikOrked kesayangan mommy tu jadi kakLong….Ya Allah……sayu nye hati saat ni.

Mommy rasa bersalah kalau secret-secret dengan papa Orked, so mommy sms [ papa, mommy pregnant]
X sampai bape minit papa orked masuk bilik, tgk mommy bengkak-bengkak mata menangis.
“lah apsal menangis lak, patutnya happy, ni berita gembira…” papa Orked peluk mommy, lagi lah mommy bercucuran air mata…
“mommy kesian kat orked , dia kecik sangat”

Esoknya mommy g opis cam biasa. G opis dengan hati yang huru hara. Terus g KLINIK MARIA, jumpa fav doctor mommy DR.RAVEE. Berdebar tunggu pastu, masuk jumpa Dokter. Bila dia kata...Congratulations puan, u're pregnant! Huwaaaa sekali lagi rasa nak pengsan…..sah!! sahih!!
** yg ni clear sbb dah menerima kenyataan...hihihih


Cuma Dr.Ravee suh mommy jumpa Gynae. Mintak pendapat sbb mommy pernak czer & baby baru 10 months. So mommy angguk2 macam faham. Dalam hati dok berkecamuk tapi mommy tetap bersyukur. Dr.Ravee pesan supaya jangan stress , redha, make it as a happy pregnancies... :) pastu dia siap pesan, U patut syukur orang lain susah nak pregnant, u pulak senang jek (mommy terus malu bila doctor yang bukan sebangsa seagama dengan mommy pun suh mommy bersyukur…..) Insaf jab.

Now mommy dah cool, no more tears. Mommy redha, setiap anak kana da rezeki masing-masing, & yang paling penting Allah swt adalah sebaik-baik perancang, dan Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Doakan Mommy ok sepanjang pregnancy…..yeayyyyy Orked nak dapat adik…Alhamdulillah..